Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki yang memiliki 46 rekod jenayah lampau ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri van dan komponen lori. Foto hiasan Envato

Lelaki dengan 46 rekod jenayah ditangkap curi van, komponen lori

NIBONG TEBAL, 19 Sept: Seorang lelaki yang memiliki 46 rekod jenayah lampau ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri van dan komponen lori menerusi serbuan di Simpang Ampat di sini hari ini.

Penganggur berusia 47 tahun itu diberkas dalam satu operasi khas selepas polis menerima dua laporan kecurian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Chong Boo Khim berkata, siasatan mendapati suspek bersama dua lagi rakan yang masih bebas terlibat dalam kegiatan itu.

“Ia membabitkan laporan kecurian komponen lori di Simpan Ampat dan sebuah van di Bukit Tengah.

“Polis sedang mengesan dua lagi rakan suspek tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Boo Khim, pihaknya turut merampas sebuah van bagi siasatan lanjut.

Katanya, suspek yang memiliki 46 rekod jenayah lampau itu direman empat hari sehingga Ahad depan bagi siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan