KUCHING, 19 Sept: Kullin Djayang mengekalkan jawatan sebagai Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) bagi tempoh 2024 hingga 2026.
Timbalan Presiden ialah muka baharu iaitu Yong Sing Hie.
Naib Presiden terdiri daripada Willis Unjie Ganyai (Zon Selatan), Karen Goh Wei Mei(Zon Tengah), Christhoper Tawi Tibin (Zon Utara), Elina Sian (Biro Wanita) manakala Chung Fui San kekal sebagai Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung ialah Kenneth Jampang.
Tiga Penolong Setiausaha Agung ialah Jarod Yong Jik Kam, Imelda Nyaun dan Aniza Yusup dan Jimmy Chong Kok Kiong.
Jawatan Bendahari Agung pula disandang oleh Chan Chiew Sze dan Timbalan Bendahari Agung ialah Valerie Bong Siew Fong.
Kulllin berkata, barisan baharu perlu memastikan STU kekal sebagai kesatuan guru terbesar di Sarawak.
“STU bertambah kukuh dan amat releven untuk disertai semua guru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, setiap guru yang bertugas di Sarawak dipelawa menyertai STU kerana semua ahli mendapat banyak manfaat.
“Paling penting ialah bantuan guaman, STU menyediakan khidmat nasihat guaman percuma kepada setiap ahli.
“Selain itu, perbelanjaan perbicaraan juga akan diberikan diskaun berpatutan bagi meringankan beban ahli dan tabung bantuan guaman ini sudah diluluskan oleh perwakilan,” ujarnya.-TVS