Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbincangan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Datuk Dr Nooh Gadot, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Profesor Madya Dr Luqman Abdullah dan Mufti Perak Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh. Foto Bernama

Kerajaan utamakan pendekatan inklusif, berhikmah tangani isu berkaitan Islam – PM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Sept: Kerajaan Perpaduan mengutamakan pendekatan yang lebih inklusif dan berhikmah dalam mencari jalan terbaik terhadap sebarang isu berkaitan agama Islam di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan pimpinannya juga terus komited dalam mengemukakan mesej Islam yang rahmah serta berorientasi keadilan dan ihsan seiring semangat Malaysia MADANI.

“Saya percaya melalui muafakat dan perbincangan yang tuntas, kita boleh mencari banyak kesepakatan dalam menambah baik dan menguruskan urusan hal ehwal Islam di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Menerusi hantaran sama, Perdana Menteri turut berkongsi mengenai sesi pertemuan dan musyawarah beliau bersama para agamawan di Putrajaya bagi bertukar pandangan mengenai pembangunan hal ehwal Islam serta isu semasa yang berkaitan di Malaysia.

Hadir dalam perbincangan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Datuk Dr Nooh Gadot, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Profesor Madya Dr Luqman Abdullah dan Mufti Perak Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh.

Turut hadir Mufti Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Mufti Pahang Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan