Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Kepungan Israel sekat 83 peratus bantuan makanan ke Gaza – data terbaharu

ByBernama

NEW YORK, 19 Sept:  Organisasi bantuan kemanusiaan melaporkan bahawa Israel telah menyekat 83 peratus bantuan makanan daripada memasuki Gaza, hampir setahun selepas serangan di Semenanjung Gaza.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan oleh 15 organisasi bantuan, peratusan bantuan yang disekat meningkat daripada 34 peratus pada 2023 kepada 83 peratus, mengurangkan hidangan makanan bagi penduduk daripada dua kali sehari kepada sekali sehari, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Kira-kira 50,000 kanak-kanak berusia antara enam hingga 59 bulan memerlukan rawatan segera akibat kekurangan zat makanan menjelang akhir tahun ini, menurut kenyataan itu.

Organisasi yang menandatangani kenyataan itu, termasuk Save the Children, Oxfam dan Danish Refugee Council, menegaskan bahawa menyediakan bantuan adalah satu-satunya pilihan yang tersedia dalam keadaan semasa kerana ketidakmampuan untuk menguruskan situasi kemanusiaan. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan