Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah bergambar bersama atlet pingpong para Sarawak. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Kem pingpong Sarawak sasar tiga pingat emas

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 19 Sept: Kem pingpong para Sarawak menyasarkan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya tiga pingat emas pada Sukan Para SUKMA XXI yang bermula 23 September ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, persiapan rapi sudah dilakukan skuad pingpong bagi menghadapi temasya dwitahunan tersebut.

Menurutnya, daripada sembilan atlet yang mewakili Sarawak, tiga daripadanya dijangka mampu menyumbang pingat emas.

“Sasaran mereka adalah tiga pingat emas. Tiga daripada sembilan atelt itu sudah dikira 30 peratus, ini adalah satu pencapaian sangat baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa meninjau persiapan atlet pingpong para Sarawak pada Khamis.

Fatimah menjelaskan, bagi memastikan setiap atlet berada dalam keadaan terbaik, latihan terus dijalankan sebelum pertandingan bermula.

Bagaimanapun menurutnya, hanya latihan ringan dijalankan mulai esok bagi mengelak atlet cedera.

“Hari ini adalah hari terakhir semua atlet menjalani latihan penuh. Esok mereka hanya menjalani latihan ringan,” ujarnya.

Mengulas mengenai logistik, beliau berkata, semua atlet Sarawak akan ditempatkan di Imperial Hotel.

“Ini penting bagi memastikan motivasi dan persiapan mental dapat diberikan sepanjang masa.

“Kita mahu mereka berkumpul di satu tempat supaya setiap malam kita dapat refleksi dan memberi motivasi untuk keesokan harinya,” ujarnya.

Menurutnya, persiapan atlet para bukan sahaja untuk Sukan Para SUKMA XXI tetapi edisi seterusnya.

“Selepas sukan ini, kita perlu mula mempersiapkan atlet bagi edisi akan datang. Ini adalah cara kita merancang untuk jangka panjang,” jelasnya.

Acara pingpong akan bermula 23 September di SJK Chuang Hua No.3.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan