Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pada 2025, Ottawa merancang untuk mengeluarkan 437,000 permit belajar kepada pelajar antarabangsa. Foto, AFP.

Kanada hadkan kemasukan pelajar antarabangsa, pekerja asing

OTTAWA, 19 Sept: Kanada mengumumkan akan mengehadkan bilangan pelajar antarabangsa dengan mengurangkan permit pada tahun hadapan selain mengetatkan peraturan bagi pekerja asing.

Langkah itu menyusul selepas beberapa sekatan imigresen yang dilakukan baru-baru ini untuk mengurangkan jumlah penduduk sementara di negara itu berikutan polulasi rakyat di negara itu melepasi 41 juta awal tahun ini.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Justin Trudeau berkata jumlah kemasukan warga asing yang tinggi membebankan sektor perumahan, pasaran pekerjaan dan perkhidmatan sosial negara.

Menteri Imigresen, Marc Miller berkata ‘kedatangan’ ke Kanada merupakan satu keistimewaan namun ia bukan hak mutlak.

Pada 2025, Ottawa merancang untuk mengeluarkan 437,000 permit belajar kepada pelajar antarabangsa turun daripada 485,000 tahun ini dan lebih 500,000 pada 2023.

Kerajaan juga meletakkan had baharu pada permit kerja untuk pasangan beberapa pelajar antarabangsa dan pekerja asing, selain mempertingkat pemeriksaan sebelum mengeluarkan visa perjalanan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan