Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

ILP Serian siap, sedia terima kemasukan pelajar tahun depan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 19 Sept: Institut Latihan Perindustrian (ILP) Serian yang siap dibina bersedia menerima kemasukan pelajar bermula tahun hadapan.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata, ILP Serian merupakan yang ketiga di Sarawak dan ke-33 di Malaysia.

Ketika ini jelas beliau IPP itu sedang menunggu Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) yang dijangka selesai pada Oktober.

“ILP ini akan mampu untuk mengambil lebih kurang 600 orang pelajar.

“Kita jangka pengambilan ataupun kursus pengajian semester pertama akan bermula Januari 2025 iaitu tahun hadapan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Steven Sim menyifatkan penubuhan ILP Serian sebagai satu berita baik buat seluruh warga Sarawak kerana ia merupakan sebuah institut pengajian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang akan melatih pekerja-pekerja berkemahiran tinggi di Sarawak.

Untuk rekod, ILP Serian merupakan yang ketiga di Sarawak selepas ILP Kota Samarahan dan ILP Miri.

Dalam pada itu Steven Sim turut memaklumkan bahawa pada sesi kunjungan hormat hari ini, beliau turut menyampaikan undangan kepada Abang Johari bagi menghadiri majlis penyerahan cek daripada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) kepada Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

Ia merupakan kerjasama antara KESUMA dan juga kerajaan Sarawak untuk mempertingkatkan pendidikan dan latihan kemahiran di Sarawak khasnya dan di Malaysia amnya.

Majlis tersebut dijadual berlangsung pada 5 Oktober 2024 di Juma’ani Pavilion dan dijangka dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan