Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hubungan kerjasama dua hala antara Malaysia-Indonesia diyakini terus mengukuh dalam pelbagai sektor khususnya di Sarawak susulan perpindahan Ibu Kota Nusantara (IKN) di Kalimantan. Foto TVS

Hubungan Malaysia, Indonesia terus kukuh

ByShafik Ahmad

KUCHING, 19 Sept: Hubungan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia khususnya di Sarawak diyakini terus kukuh dalam pelbagai sektor susulan perpindahan Ibu Kota Nusantara (IKN) di Kalimantan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap kerjasama yang sudah lama terjalin itu dapat diperluaskan.

“Ini merupakan lambang persaudaraan, persefahaman, dan kerjasama yang telah bertahan selama bebera dekad, kita sebagai generasi penerus harus mempertahankan kelestarian hubungan baik ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah ketika Majlis Resepsi Diplomatik Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia ke-79 di Kuching pada Khamis.

Menurutnya, Malaysia dan Indonesia berkongsi ikatan yang dibina atas rasa hormat, kerjasama serta nilai rumpun yang sama.

Justeru, usaha memupuk kemakmuran demi pembangunan di rantau perlu diteruskan menerusi penerokaan pelbagai bidang berpotensi.

“Rentetan perpindahan IKN ke Nusantara, peningkatan kerjasama bilateral Indonesia dan Sarawak menerusi ekonomi, sosiobudaya, perkhidmatan komuniti termasuk perlindungan kanak-kanak di Pusat Pendidikan Komuniti (CLC) di ladang-ladang di Sarawak.

“Malah potensi kolaborasi itu sekali gus menjadikan Sarawak sebagai ‘immediate neighboor’ dalam semua bidang termasuk jaringan perhubungan di Borneo,” katanya.

Hadir sama, Konsul Jeneral Republik Indonesia Kuching, Raden Sigit Witjaksono serta isteri Lucy Octavia Witjaksono. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan