MANCHESTER, 19 Sept: Manchester City memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan hambar apabila mereka seri 0-0 menentang Inter Milan pada Rabu.
Skuad kendalian Pep Guardiola telah memenangi kesemua empat perlawanan Liga Perdana musim ini namu gagal mematahkan gerak juara Itali itu.
Juara bertahan Itali, mungkin kehilangan Romelu Lukaku dan Andre Onana dari pasukan itu namun prestasi pasukan bimbingan jurulatih Simone Inzaghi sukar dinafikan kali ini.
Ramai menjangkakan bahawa Erling Haaland akan menceriakan penyokong dengan menjaringkan gol ke-100 untuk City dalam penampilan ke-104nya namun hasrat Haaland itu tidak kesampaian.
Sebaliknya, perlawanan itu dikuasai oleh kemahiran Nicolo Barella dan Piotr Zielinksi di bahagian tengah Inter namun kekurangan penyudah untuk meraih kemenangan dan sekadar berpuas hati dengan keputusan seri.
“Ia adalah perlawanan yang sangat sengit menentang lawan yang kuat. Kami tahu apa yang akan datang, mereka juga pasukan teratas dan mereka sudah biasa menang, jadi kami tidak akan mendapat tugas yang mudah,” kata pertahanan City, Ruben Dias kepada TNT sukan. -TVS