SRI AMAN, 19 Sept: Dua lelaki diberkas polis kerana disyaki mencuri seunit kanvas dan batang besi galah sabit sawit di sebuah ladang di Lingga baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan (DSP) Mathew Manggie berkata, kedua-dua lelaki berusia 28 tahun berasal dari Kampung Pusa itu ditangkap pada Selasa.
“Bertindak di atas maklumat pada 1 petang, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman menyerbu sebuah rumah di Pusa bagi mengesan suspek.
“Pasukan berjaya menangkap dua – dua suspek dan pemeriksaan dalam rumah itu turut menjumpai barang kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.-TVS.