Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kewangan (MOF) akan menyediakan peruntukan mencukupi untuk sektor pelancongan negara sebagai persediaan Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026. Foto hiasan Envato

Belanjawan 2025: MOF sedia peruntukan mencukupi untuk sektor pelancongan

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 19 Sept: Kementerian Kewangan (MOF) akan menyediakan peruntukan mencukupi untuk sektor pelancongan negara sebagai persediaan Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata Malaysia mempunyai banyak ruang untuk meningkatkan kefahaman negara luar mengenai negara ini dalam sektor pelancongan dengan menjadi Pengerusi ASEAN.

“Tahun 2026 pula ialah Tahun Melawat Malaysia, jadi kita harus membuat persediaan untuk kedua-dua perkara ini kerana pelancongan ialah sektor yang sangat penting.

“Sektor ini penting kerana ia cepat dalam menjana hasil untuk negara dan alhamdulillah tahun ini kita nampak perkembangan yang baik … Malaysia akan menerima pelancong yang lebih ramai berbanding sebelum pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi libat urus bersama penggiat pelancongan Terengganu berkenaan Belanjawan 2025 di Muzium Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun perbincangan melibatkan sektor pelancongan dibuat di Terengganu, namun MOF akan mengambil kira dapatan sesi libat urus itu untuk menambah baik sektor pelancongan di seluruh negara pada belanjawan tahun hadapan.

“Pertama, kita faham akan ada Tahun Melawat Malaysia 2026. Jadi, kita kena ada pembaikan atau penyelenggaraan infrastruktur di seluruh negara. Kita akan lihat keutamaan untuk tingkatkan lagi bagi memberi keselesaan kepada pelancong.

“Kedua, kita juga terima cadangan … mungkin kita boleh tolong mereka yang terlibat dalam industri ini untuk dapat sokongan dari segi galakan insentif atau meningkatkan kemahiran seperti menjadi pemandu pelancong yang berpengalaman. Perkara ini kita akan diteliti bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC),” katanya.

Amir Hamzah berkata dalam sesi kesembilan libat urus MOF dengan penggiat industri itu, beliau turut menerima permintaan untuk memperincikan infrastruktur kewangan yang bersesuaian kepada pemain sektor pelancongan.

“Ini ialah usaha jelajah Belanjawan 2025 kerana kita merasa penting untuk mendapatkan pandangan menyeluruh dalam menyediakan bajet yang lebih baik dan berfokus sebagai langkah meningkatkan ekonomi negara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan