Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

ATBC: Malaysia raih dua emas di Bangkok

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Sept: Pasukan Malaysia cemerlang hari ini dengan meraih dua pingat emas selepas menjuarai kedua-dua acara beregu wanita dan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) ke-27 di Bangkok, Thailand hari ini.

Dalam acara wanita, Sin Li Jane dan Natasha Roslan meraih pingat emas dengan 2,614 jumlah jatuhan pin menewaskan gandingan Korea Selatan Baek Seung Na dan Jung Da Wun yang meraih perak dengan 2,510 jatuhan pin.

Malaysia turut memperoleh pingat gangsa menerusi Nora Lyana Nastasia dan Nur Syazwani Sahar yang menjatuhkan 2,450 pin.

Dalam acara beregu lelaki, Tun Hakim Tun Hasnul Azam dan pemain boling remaja Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh menghadiahkan satu lagi emas buat Malaysia dengan 2,647 jumlah jatuhan pin menewaskan pasangan Korea Selatan Park Dong Hyuk dan Bae Jung Hun yang hanya menjatuhkan 2,615 pin untuk meraih perak.

Korea Selatan juga meraih pingat gangsa menerusi Lee Ik Kyu dan Hwang Dong Wook yang menjatuhkan 2,596 pin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan