Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Selangor FC memulakan kempen kejohanan sulung Liga Juara-Juara Asia II (ACL II) dengan seri 1-1 menentang wakil Thailand, Muangthong United FC dalam saingan kumpulan H hari ini. Foto Selangor FC (FB)

ACL II: Selangor FC kongsi mata, seri 1-1 dengan Muangthong United

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Sept: Pasukan Selangor FC memulakan kempen kejohanan sulung Liga Juara-Juara Asia II (ACL II) dengan seri 1-1 menentang wakil Thailand, Muangthong United FC dalam saingan kumpulan H hari ini.

Turun bertandang ke tempat lawan di Stadium Rajamangala di Bangkok, nyata tidak sedikit pun menggusarkan Selangor yang dibarisi kesebelasan terkuat dijanjikan pengendali skuad Mohd Nidzam Jamil dalam misi melangkah jauh pada saingan peringkat Asia itu.

Selangor bertahan dengan cukup baik pada babak pertama sehingga membuatkan jentera serangan Muangthong United buntu mencari jalan merobek gawang dikawal Azim Al-Amin.

Dua minit selepas babak kedua bermula, Ronnie Fernández menghasilkan jaringan buat Gergasi Merah.

Tekanan hebat selepas gol Fernandez mencetus kebangkitan Muangthong United untuk menyamakan kedudukan menerusi Purachet Thodsanit pada minit ke-54.

Selangor akan meneruskan kempen kejohanan menentang wakil Filipina, Cebu FC bagi saingan kedua peringkat kumpulan pada 3 Okt ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan