Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 15 daripada 75 pekerja warga asing ditahan selepas didapati tiada dokumen dan pas sah pada operasi di Taman Tangling Indah, Simpang Ampat di sini semalam. Foto JIM Pulau Pinang

15 warga asing ditahan tiada dokumen sah

NIBONG TEBAL, 19 Sept: Seramai 15 pekerja kontraktor warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan ke atas lapan rumah pekerja di Taman Tangling Indah, Simpang Ampat di sini semalam.

JIM Pulau Pinang dalam kenyataan berkata, seramai 75 penghuni warga asing telah diperiksa menerusi Ops Sapu tersebut.

“Seramai 15 pekerja didapati tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah apabila ketika diminta mengemukakan dokumen, mereka telah gagal dan tidak dapat memberikan sebarang keterangan mengenai keberadaan di Malaysia.

“Mereka terdiri daripada 14 lelaki dan seorang wanita warga Myanmar yang berumur di antara 22 hingga 46 tahun,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurutnya, serbuan tersebut dibuat selepas JIM menerima aduan daripada penduduk menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) mengenai kebanjiran warga asing yang menghuni kawasan kediaman itu.

“Rumah-rumah dua tingkat tersebut dipercayai disewa oleh majikan untuk dijadikan sebagai asrama pekerja.”

“Berdasarkan akuan dan pakaian yang ditemui, mereka yang ditahan bekerja dengan kontraktor syarikat pembersihan yang dilantik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai pemotong rumput,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan