Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan kubur yang rosak dihempap pokok tumbang. Foto TVS

10 kubur di Limbang rosak dihempap pokok tumbang

LIMBANG, 19 Sept: Lebih 10 kubur di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kudung di sini rosak selepas dihempap dua pokok besar seberat lebih 10 tan yang tumbang akibat ribut pada Selasa lepas.

Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid Baitul Iman Daerah Limbang, Duraman Bakar berkata kejadian pada 3 petang itu menyebabkan tiga pokok tumbang dan dua daripada menghempap kawasan berkenaan.

Katanya akibat kejadian itu terbentuk lubang selebar tiga meter dengan kedalaman empat kaki di tapak perkuburan berkenaan.

“Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid Baitul Iman akan berusaha membersihkan pokok tumbang ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain Limbang, Miri turut dilanda angin kencang yang menyebabkan atap beberapa rumah diterbangkan angin.

Angin kencang dan ribut melanda Miri dan Limbang sejak Isnin lepas.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan