Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suasana Majlis Perasmian Pusat Media Para Sukma ke-21 Sarawak 2024 dirasmikan Menteri Penbangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Pengerusi Para Sukma ke-21 Sarawak di Pusat Aquatik Pandelela Rinong, Kuching. Foto TVS

Sokongan padu rakyat Sarawak mampu jayakan Para SUKMA – Fatimah

ByWilly Jali

KUCHING, 18 Sept: Sokongan padu pelbagai pihak diyakini dapat mengatasi cabaran persiapan bagi penganjuran Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kerjasama itu penting bagi mencapai misi Sarawak sebagai penganjur terbaik temasya berkenaan.

Menurutnya, melalui kerjasama erat itu penting bagi menyediakan tempat yang kondusif dan selesa selain menyediakan ruang terbaik untuk atlet menyerlahkan bakat mereka.

“Persiapan kali ini melibatkan kerjasama erat daripada pelbagai pihak, termasuk Kerajaan Sarawak, pelbagai persatuan sukan serta masyarakat tempatan. Cabaran terbesar pastinya untuk memastikan fasiliti dan logistik yang sesuai dengan keperluan atlet Para.

“Namun, dengan sokongan padu dari semua pihak, kami yakin dapat menyediakan platform yang terbaik untuk atlet-atlet kita menyerlahkan prestasi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Pusat Penyiaran Para SUKMA 2024 di Mini Studio TVS , Stadium Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu Fatimah berkata sokongan rakyat Sarawak menjelang Para SUKMA amat memberangsangkan.

“Saya berharap masyarakat terus memberikan sokongan padu dengan hadir ke acara-acara, serta menonton melalui saluran TVS.

“Oleh itu, Para SUKMA ini bukan sahaja menjadi platform untuk menunjukkan kehebatan atlet kita, tetapi juga mendidik masyarakat tentang pentingnya inklusiviti dalam sukan,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan