MIRI, 18 Sept: Kerajaan Sarawak memperuntukkan dana berjumlah RM280 juta untuk pembangunan lanjut Pelabuhan Miri di Delta Batang Baram, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Premier Sarawak itu berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan secara berfasa dengan RM208 juta disalurkan untuk kerja – kerja peringkat awal.
“Saya bersetuju mendapatkan dana bagi membangunkan Pelabuhan Miri
“Bakinya (RM72 juta) kita simpan untuk pelaksanaan membabitkan berberapa fasa lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Untuk Projek Pengorekan dan Kerja Bersepadu di Delta Batang Baram, di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin.
Mengenai rancangan pembangunan itu, Abang Johari berkata Pelabuhan Miri berpotensi untuk menjadi pelabuhan utama yang menghubungkan laluan perdagangan di utara Sarawak ke pasaran global.
“Pelaburan yang bernilai tinggi ini pastinya akan memberikan pulangan dalam jangka masa panjang.
“Malah, ia akan memberikan impak perubahan yang besar kepada pembangunan di Miri,” katanya. -TVS.