Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Gerald Rentap Jabu menerima cenderamata disampaikan Nicholas Yeap di Majlis Perasmian PESTA Kebangsaan ke-25 2024 Briged Putera Malaysia di Kuching, hari ini. Foto TVS

PESTA Kebangsaan, erat silaturrahim melalui program kemasyarakatan

KUCHING, 18 Sept: PESTA Kebangsaan ke-25 2024 anjuran bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majilis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) salah satu insiatif berkesan dalam mengukuhkan hubungan silaturrahim dan ukhwah peserta melalui pendekatan program kemasyarakatan yang diadakan di bandaraya  ini.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pengisian program komuniti yang diadakan dalam PESTA tahun ini dapat menggalakkan peserta terutamanya ahli Briged Putera Malaysia untuk mendekati masyarakat dengan lebih dekat.

“Jika kita lihat, program seperti Prihatin Komuniti dijalankan dalam PESTA ini melibatkan penglibatan program perkhemahan bertujuan untuk mendekati masyarakat di Kuching.

“Melalui usaha ini, ia dapat memberi impak positif kepada kehidupan penduduk di sini. Program ini sememangnya dapat mencerminkan komitmen para peserta dalam memberi sumbangan baik kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks yang dibaca Timbalan Menteri Belia dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu di Majlis Perasmian PESTA Kebangsaan ke-25 2024 Briged Putera Malaysia di sini, hari ini.

Bertemakan ‘Tidak Terhad’, acara dwi-tahunan ini merupakan inisiatif telah diambil oleh jawatankuasa penganjur bagi mengetengahkan prinsip kemampanan yang dinyatakan dalam objektif di bawah Matlamat Pembangunan Mampan yang telah diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2015.

Tegasnya, cogan kata perpaduan ‘Segulai Sejalai’ perlu disemai dalam diri para peserta bagi membina hubungan silaturrahim serta membina persefahaman dan ukhwah antara peserta dan komuniti setempat.

“Semangat Segulai Sejalai dalam kesatuan perlu dipupuk bersama-sama antara satu sama lain. Saya percaya ini akan memberi semangat yang lebih tinggi apabila kita berkumpul bersama.

“Ini adalah penting untuk menjalin hubungan silaturrahim dan persefahaman yang lebih baik di kalangan ahli melalui aktiviti yang akan memberi impak kepada masyarakat,” ujarnya.

Sehubungan itu, PESTA merupakan antara inisiatif yang diadakan selaras dengan Pelan Hala Tuju Bandar SDG yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak ke arah pembangunan bandar yang lebih mampan.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Gereja Sarawak, Datuk Danald Jute, Presiden Briged, Nicholas Yeap, Pengerusi Penganjur PESTA 2024, Hii King Ong dan Pesuruhjaya Negeri Sarawak, Sim Tze Sian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan