Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuching Division Journalist Association (KDJA) , dibantu Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) mengadakan pertandingan Fotografi dan Video bagi edisi Para Sukma ke-21 Sarawak 2024. Foto Aziz Soleh (TVS)

Pertandingan fotografi, video sempena Para SUKMA Sarawak tawar hadiah keseluruhan RM15,500

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 18 Sept: Kuching Division Journalist Association (KDJA) bersama  Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) akan menganjurkan pertandingan fotografi dan video sempena Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Pertandingan bermula 18 hingga 28 Oktober 2024 dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM15,500.

Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu fotografi terbuka, fotografi belia dan videografi.

Bagi kategori fotografi terbuka, pemenang akan menerima wang tunai RM3,000, tempat kedua RM2,000, ketiga RM1,000 dan lima hadiah sagu hati bernilai RM200 setiap seorang.

Bagi pemenang kategori belia, johan akan menerima RM2,000, tempat kedua RM1,000, ketiga RM750 dan lima hadiah sagu hati RM100 setiap seorang.

Kategori belia terbuka kepada peserta berumur di bawah 25 tahun khususnya pelajar sekolah, kolej dan universiti di Malaysia.

Manakala untuk kategori videografi, johan akan menerima RM2,000, tempat kedua RM1,000, ketiga RM750 dan lima hadiah saguhati bernilai RM100 setiap seorang.

Selain itu, sebagai menghargai peranan media yang bertugas sepanjang Para SUKMA, pertandingan ‘Picture & Article Of the Day’ turut dianjurkan.

Pertandingan ini akan diadakan bermula 18 Ogos hingga 28 Oktober di mana gambar dan artikel terbaik berpeluang untuk memenangi RM100 setiap hari.

Ia terbuka kepada semua organisasi media cetak dan dalam talian di Malaysia yang membuat liputan sepanjang penganjuran Para SUKMA berlangsung. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan