Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Pengerusi Para Sukma ke-21 Sarawak 2024 Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah ketika membuat lawatan ke Pusat Penyiaran Para Sukma Sukma ke -21 Sarawak di Stadium Sarawak, Petrajaya. Foto Azizi Soleh (TVS)

Media agen penting salur maklumat terkini Para SUKMA Sarawak 2024

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 18 Sept: Media memainkan peranan penting sebagai platform penyaluran maklumat pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke -21 di Sarawak, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau yang Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Pengerusi Para Sukma ke-21 Sarawak 2024 berkata, media juga memastikan maklumat terkini melibatkan acara dipertandingkan disebarkan dengan segera.

“(Menerusi peranan media) sama ada di lokasi (pertandingan) perkembangan terkini (termasuk persaingan) sengit acara yang dipertandingkan dapat diketahui oleh penonton di luar Sarawak juga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Pusat Media SUKMA ke-21 Sarawak di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya di sini hari ini.

Turut hadir , Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Muhammad Radzi Sitam, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak ( Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasai Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol, Pengerusi Sarawak Media Group (SMG) Datuk Norhyati Ismail serta Ketua Pegawai Eksekutif TVS Kushairi Abang.

Pusat Media Para SUKMA Sarawak 2024 mula beroperasi hari ini hingga 24 Ogos di tingkat bawah pusat akuatik berkenaan dan boleh menampung sehingga 150 pengamal media.

Sementara itu, TVS telah dilantik sebagai penyiar rasmi bagi Para SUKMA XXI Sarawak 2024 dan akan menyiarkan secara langsung 10 sukan yang dipertandingkan.

Dalam perkembangan lain, Fatimah memaklumkan Selangor merupakan kontinjen Para SUKMA pertama yang  tiba di Bumi Kenyalang. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan