MADRID, 18 Sept: Juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah, Real Madrid dipaksa berusaha keras sebelum berjaya menewaskan VfB Stuttgart 3-1 di Santiago Bernabeu.
Kylian Mbappe yang kini menyarung jersi Real Madrid mencetak nama selaku penjaring perlawanan pertamanya dalam pertandingan itu sejurus selepas separuh masa kedua.
Bagaimanapun, Deniz Undav menyamakan kedudukan pada pertengahan separuh masa kedua untuk pasukan Stuttgart muncul dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2010.
Real bagaimanapun muncul sebagai pemenang apabila Antonio Rudiger menanduk masuk ke gawang pasukan lamanya tujuh minit sebelum tamat permainan, dan pemain muda Brazil, Endrick mendapat gol ketiga pada masa kecederaan.
“Saya tahu saya boleh melakukan lebih banyak lagi, setiap perlawanan saya rasa lebih baik dan sekarang saya menjaringkan gol, dan saya gembira di sini,
“Apa yang kami tahu ialah Liga Juara-Juara telah berubah dan penting untuk menang dengan cepat untuk melihat sama ada kami boleh layak dengan cepat atau tidak,” kata Mbappe.
Turut beraksi pada perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Eropah dengan format baharu itu adalah Liverpool yang turun beraksi di Itali pada Selasa.
Liverpool bangkit dari ketinggalan untuk menang 3-1 di tempat lawan kepada juara tujuh kali AC Milan.
Christian Pulisic memberikan Milan pendahuluan awal, tetapi Ibrahima Konate menyamakan kedudukan dan Virgil van Dijk menanduk masuk bola ke gawang milan sebelum rehat. Dominik Szoboszlai kemudian melengkapkan kemenangan untuk Liverpool di San Siro. -TVS