Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg beramah mesra dengan masyarakat Penan yang hadir di sini, hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Kerajaan Sarawak teliti mekanisme sesuai bantu masyarakat Penan

BySalasiah Safian

MIRI, 18 Sept: Kerajaan Sarawak akan meneliti mekanisme sesuai bagi mewujudkan dasar untuk membantu masyarakat Penan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, satu jawatankuasa juga akan dibentuk oleh Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan perkara berkenaan.

Abang Johari berkata beliau berterima kasih kepada masyarakat Penan kerana membangkitkan 13 perkara berkaitan sokongan serta keperluan masyarakat itu kepada pihaknya.

Miri bakal miliki pelabuhan canggih – Abang Johari

“Sudah tentu saya akan membentuk satu jawatan kuasa di peringkat negeri bersama dengan wakil-wakil rakyat untuk melihat dan mencari jalan bagaimana kita boleh merangka dasar bagi membantu masyarakat Penan seperti yang dimohon oleh ketua-ketua masyarakat mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir Majlis Penyerahan Memorandum Sokongan Pembangunan Komuniti Penan Kepada Kerajaan Sarawak di sini hari ini.

Tambah beliau, dasar Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang menekankan kepada keterangkuman yang dilancarkan oleh Kerajaan Sarawak sebelum ini juga bertujuan memastikan tiada rakyat Sarawak ketinggalan.

Pada majlis itu. barisan pemimpin masyarakat Penan kawasan Baram, Limbang dan Belaga telah menyatakan sokongan penuh komuniti tersebut kepada Kerajaan Sarawak.

Miri bakal miliki pelabuhan canggih – Abang Johari

Pemimpin Penan telah bermesyuarat pada 24 Ogos lalu dan mencapai beberapa persetujuan termasuk  menyokong penuh kepimpinan Abang Johari dan PCDS 2030.

Mereka juga menyokong penuh usaha kerajaan membina kemudahan infrastruktur asas di kampung Penan majoriti terpinggir. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan