Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa rumah rosak akibat gempa bumi berukuran 4.9 magnitud yang berlaku di Bandung hari ini. Foto, BNPB.

Kediaman rosak selepas gempa bumi gegarkan Bandung

JAKARTA, 18 Sept: Gempa bumi berukuran 4.9 magnitud menggegarkan wilayah tenggara Bandung, kira -kira 25 kilometer (km) dari wilayah Kertasari, Jawa Barat hari ini.

Berdasarkan maklumat Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gegaran yang berlaku pada 9.41 pagi tadi waktu tempatan berpusat pada kedalaman cetek 10 km.

Hasil analisis BMKG menunjukkan gempa itu berlaku hampir 20 saat.

Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhari berkata gempa menyebabkan rumah penduduk dan banyak kemudahan awam di kawasan sekitar rosak.

“Sehingga kini BNPB telah mengerahkan pasukan respons kecemasan untuk menilai dan mengendalikan lokasi yang paling terjejas.

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan namun orang ramai diminta bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku gegaran susulan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan