Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cicilia Julan Intik, kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri dibaham buaya. Foto JBPM

Kanak-kanak perempuan dikhuatiri dibaham buaya ketika mandi sungai di Tatau

TATAU, 18 Sept: Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri dibaham buaya ketika mandi sungai bersama keluarganya di Kampung Seberang Pasar Lama di sini, petang tadi.

Dalam kejadian itu, identiti mangsa dikenal pasti sebagai Cicilia Julan Intik berusia enam tahun.

Komander Operasi Bomba Jankey Jikat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau pada 7.21 malam dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Tatau ke lokasi kejadian.

“Kita dimaklumkan mangsa seorang kanak-kanak telah dibaham buaya.

“Difahamkan mangsa mandi di sungai berkenaan bersama keluarganya pada jam 6.30 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kejadian disaksikan oleh datuk mangsa yang turut berada dilokasi kejadian.

“Pihak bomba sedang melakukan pencarian di kawasan tebing jeti bersama dengan agensi lain yang berada di lokasi,” ujarnya.- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan