Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. Foto Bernama

Jabatan Imigresen Sabah terima teguran KSN tingkat kualiti perkhidmatan

ByBernama

KOTA KINABALU, 18 Sept: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menerima teguran Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar yang antara lain mahu jabatan itu memberikan perhatian kepada memperkasakan kecekapan operasi sistem kaunter bagi meningkatkan kepuasan pelanggan.

Pengarahnya Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusof berkata jabatan itu komited mematuhi arahan daripada ibu pejabat untuk memastikan setiap kaunter beroperasi mengikut masa ditetapkan dan tidak berlaku kesesakan.

“Kita menerima teguran tersebut. Saya pun mendapat arahan daripada pihak pengurusan tertinggi KDN iaitu Ketua Setiausaha yang memaklumkan akan ada satu mesyuarat antara Ketua Pengarah Imigresen dengan Ketua Pengarah Pendaftaran dalam sedikit masa lagi bagi tujuan melihat penambahbaikan kepada perkara disebutkan Tan Sri KSN semalam,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Semalam, Shamsul Azri menerusi hantaran Facebook menggariskan beberapa perkara utama yang perlu diberikan perhatian oleh JIM Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah bagi memastikan perkhidmatan lebih cekap kepada pelanggan.

Perkara itu diketengahkan selepas beliau membuat lawatan mengejut di kedua-dua jabatan itu di sini bagi melihat sendiri operasi harian dan memantau kesiapsiagaan di bahagian kaunter. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan