Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bangunan kedai motosikal yang musnah dijilat api di Jalan Lanang, Sibu petang tadi. Foto TVS

Ibu, bayi setahun diselamatkan dalam kebakaran kedai motosikal di Sibu

SIBU, 18 Sept: Seorang ibu dan bayi berusia satu tahun berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah kedai motosikal di Jalan Lanang, Sibu di sini petang tadi.

Kebakaran yang berlaku sekitar 2. 45 petang itu melibatkan dua unit kedai tiga tingkat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.57 petang.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bergegas ke untuk menjalankan operasi penyelamatan.

“Setiba di lokasi, Komander Operasi melaporkan tingkat bawah bangunan berkeluasan 40×40 kaki itu sudah terbakar sepenuhnya.

“Terdapat dua mangsa terperangkap di bahagian tingkat dua iaitu seorang wanita berusia 24 tahun dan seorang bayi berusia satu tahun telah berjaya diselamatkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, operasi pemadaman turut dibantu pasukan bomba dari BBP Sungai Merah.

Menurut Andy, kerja-kerja pemadaman kebakaran masih dijalankan setakat 4 petang.

“Kedua-dua premis yang berfungsi sebagai kedai motosikal mengalami kerosakan 100 peratus di tingkat bawah,” jelasnya.

Punca dan nilai kerugian kebakaran masih dalam siasatan Unit Penyiasatan Kebakaran JBPM Zon 4 Sibu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan