Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Harga runcit petrol RON97, dan diesel di Semenanjung turun sebanyak 6 sen kepada masing-masing RM3.19 seliter dan RM2.95 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Sept ini. Foto TVS

Harga runcit RON97, diesel turun 6 sen

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Sept: Harga runcit petrol RON97, dan diesel di Semenanjung turun sebanyak 6 sen kepada masing-masing RM3.19 seliter dan RM2.95 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Sept ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengurangan harga runcit itu seiring dengan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia dan pengukuhan ringgit.

Menurut kenyataan itu, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada paras RM2.15 seliter, dan harga runcit petrol RON95 kekal pada harga RM2.05 seliter.

Penetapan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan dengan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Sejak 8 Ogos lepas hingga kini, kerajaan telah menurunkan sebanyak 40 sen seliter harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia manakala harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 28 sen.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global dan juga menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan