Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syarikat permainan video gergasi, Electronic Arts rancang mengembangkan francais “Sims”. Foto EA

Filem adaptasi ‘The Sims’ dalam pembikinan

LOS ANGELES, 18 Sept: Sebuah filem berdasarkan siri permainan video dunia simulasi ‘The Sims’ telah disahkan pada Selasa, sedang dalam pembikinan.

Syarikat permainan video gergasi, Electronic Arts mengumumkan projek itu dikhabarkan akan dilaksanakan oleh Amazon MGM Studios, selain perancangannya untuk mengembangkan francais Sims yang dijangka menguntungkan.

Pengarah dan penulis skrip siri televisyen superhero Marvel “Loki” akan mengarah dan menulis bersama filem itu.

Butiran mengenai filem itu adalah terhad, tanpa tarikh tayangan ditetapkan.

Kate Gorman dari EA bagaimanapun memaklumkan Variety bahawa filem itu akan memaparkan kehidupan alam semesta permainan, menampilkan elemen Sims.

Antara filem adaptasi permainan video popular yang lain baru-baru ini termasuk “Barbie,” “Filem Super Mario Bros,” “Sonic the Hedgehog,” “Uncharted” dan “The Last of Us”.

Siri permainan video “the sims” pada asalnya diasingkan daripada francais “SimCity” yang sangat popular.

Namun, konsep permainan video berubah pada tahun 2000 dengan “The Sims” dengan membenarkan pemain mereka bentuk dalaman rumah, selain hidup di alam maya.

Dalam tempoh 25 tahun, “The Sims” dan tiga sekuelnya telah terjual lebih daripada 200 juta salinan, dan Electronic Arts kini turut merancang versi berbilang pemain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan