Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Profesor J.M Hans Akkermans menyampaikan ucapan dasar sempena FEBS 2024 anjuran Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS di Hilton, Kuching hari ini. Foto TVS

FEBS 2024: Pakar AI sifatkan ChatGPT sebagai ‘cakap kosong’

KUCHING, 18 Sept: “ChatGPT hanyalah ‘cakap kosong’,” demikian tegas Profesor J.M Hans Akkermans dari University Vrije Amsterdam dalam ucapan dasarnya di Persidangan Kewangan, Ekonomi dan Kelestarian Perniagaan (FEBS 2024) anjuran Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini.

Pakar yang berpengalaman selama 25 tahun dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) ini menegaskan bahawa walaupun AI mempunyai potensi besar, pencapaian sebenarnya mungkin tidak setara dengan apa yang sering dipromosikan.

Akkermans mengingatkan bahawa tanggungjawab manusia tidak boleh sepenuhnya diserahkan kepada mesin AI.

Beliau menekankan bahawa keputusan yang melibatkan nilai moral, etika, dan pertimbangan manusia tidak boleh dilakukan secara automatik tanpa campur tangan manusia.

“AI mungkin boleh memberikan cadangan atau analisis, tetapi manusia masih perlu memainkan peranan dalam membuat keputusan akhir,” tambahnya.

Bertemakan “Pembangunan Inklusif untuk Masa Depan Lestari,” FEBS 2024 menyediakan platform penting untuk membina rangkaian, kerjasama, dan pertukaran idea di kalangan ahli akademik, profesional, dan pengamal industri.

Persidangan tiga hari ini telah menarik lebih 140 orang delegasi dari dalam dan luar negara, termasuk wakil-wakil dari institusi terkemuka seperti Nanyang Technological University Singapore, Gadjah Mada University, dan Tokai University.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, AI telah berkembang pesat dan memainkan peranan yang semakin penting dalam pelbagai sektor seperti perniagaan, pendidikan, penjagaan kesihatan, dan kerajaan.

Namun, pandangan kritikal Akkermans membangkitkan persoalan tentang sejauh mana kita harus bergantung pada teknologi ini dalam membuat keputusan penting yang mempengaruhi masyarakat dan masa depan kita. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan