Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angin kencang menerbangkan atap rumah sebuah kediaman di Jalan Kampung Pengkalan 2, Kampung Pengkalan Lutong, Miri, petang semalam. Foto JBPM

Angin kencang terbangkan atap rumah di Limbang dan Miri

LIMBANG, 18 Sept: Bahagian Limbang dan Miri dilanda angin kencang petang semalam menyebabkan banyak insiden atap rumah diterbangkan angin.

Komander Operasi, PBK II KUP Rasid Duraman berkata, pihaknya menerima laporan awning rumah runtuh akibat angin kencang pada jam 6.01 petang di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu Biah, Limbang dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati awning depan sebuah rumah teres telah jatuh menghempap kereta yang parking di hadapan rumah.

“Penghuni berada di kawasan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, di Bahagian Miri angin kencang itu menerbangkan atap rumah sebuah kediaman di Jalan Kampung Pengkalan 2, Kampung Pengkalan Lutong.

Komander Operasi, PBK I KUP Ramlee Sahari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.10 petang dengan menggerakkan lima anggota BBP Lutong ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, didapati struktur atap rumah dibahagian dapur sebuah rumah telah runtuh dan sebahagian atap telah terbang sejauh 50 kaki dari rumah,” katanya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan