Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Che Zakariah Che Ali, 68, beralamat di Felda Cerul 2, Kemaman, Terengganu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Foto hiasan Envato

Warga emas maut dihempap pokok

ByBernama

KUANTAN, 17 Sept: Seorang lelaki warga emas maut manakala cucunya cedera apabila dihempap pokok tumbang ketika sedang berkhemah dalam kejadian hujan dan ribut di kawasan perkhemahan Pantai Balok, Beserah di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Che Zakariah Che Ali, 68, beralamat di Felda Cerul 2, Kemaman, Terengganu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata cucu mangsa, Nurul Amni Aisyah Mohamad Afiq, 7, cedera pada bahagian kepala sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan berada dalam keadaan stabil.

“Mangsa bersama 13 ahli keluarga menyertai aktiviti perkhemahan selama tiga hari dua malam di kawasan perkhemahan tersebut bermula semalam. Kira-kira 3.10 petang tadi, hujan dan angin kencang di kawasan perkhemahan dan mangsa ketika itu sedang duduk di atas kerusi di depan khemahnya.

“Tiba-tiba menantunya yang berada dalam khemah bersama isteri dan dua anaknya terdengar bunyi pokok tumbang dan semasa menyelamatkan diri terlihat mangsa telah dihempap pokok dan mereka cuba mengalihkannya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Sultan Haji Ahmad Shah @ IIUM Kuantan untuk dibedah siasat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan