Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak 2024 di Mukah hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

TYT, Premier ketuai perarakan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak 2024

ByIzzah Kamilah Yunus

MUKAH, 17 Sept: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi mengetuai Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak 2024 yang diadakan di Dataran Pehin Setia Raja di sini, hari ini.

Turut  menghadiri majlis perarakan sambutan Maulidur Rasul sepanjang dua kilometer sekitar bandar Mukah itu ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ketibaan Wan Junaidi serta isteri disambut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Turut menyambut ketibaan beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Yakub Arbi, ADUN Daro, Safee Ahmad, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha dan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Mual Suaud.

Majlis dimulakan dengan lagu kebesaran Sarawak, Ibu Pertiwiku, seterusnya persembahan nasyid dan bacaan doa yang dipimpin oleh Imam Besar Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Turut menyerikan majlis adalah amanat yang disampaikan oleh Abang Johari sebelum nyanyian Negaraku dan Ibu Pertiwiku berkumandang.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak kali ini disertai 119 kontinjen dari dalam dan luar Mukah yang meliputi sektor kerajaan, swasta, badan beruniform, masjid dan surau serta institusi pendidikan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan