Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Satu bilik Gerakan mpox telah diaktifkan susulan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade 11 telah dikesana pada 16 September 2024. Foto hiasan Envato

Susulan satu kes positif cacar monyet, KKM aktifkan Bilik Gerakan MPOX

ByConnie Grace

KUCHING, 17 Sept: Bilik Gerakan Mpox telah diaktifkan susulan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II telah dikesan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kes tersebut dikesan daripada 58 kes disyaki mpox yang dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pesakit berkenaan merupakan seorang lelaki warga tempatan yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 September lepas manakala ruam mula muncul pada 12 September.

“Semua kontak bagi pesakit ini sedang dikenal pasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) semasa yang ketat,” tambahnya.

Oleh yang demikian, kata Radzi, KKM telah mengaktifkan Bilik Gerakan mpox di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan pada 16 Ogos 2024.

“CPRC Kebangsaan terus memantau situasi mpox serta menyelaraskan langkah-langkah kesiapsiagaan dan respons yang berkenaan,” katanya.

Sejak 26 Julai 2023, KKM merekodkan terdapat 10 kes mpox di negara ini merupakan varian clade II sahaja. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan