Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki warga tempatan berusia 43 tahun itu dijumpai selepas menerima maklumat daripada anggota kereta peronda pada 6.04 petang. Foto hiasan Faitullah Morni (TVS)

Mayat pengawal keselamatan ditemukan dalam but kereta

ByBernama

SHAH ALAM, 17 Sept: Seorang pengawal keselamatan dipercayai dibunuh selepas mayatnya ditemukan di dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama di Sabak Bernam, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Robin Guha Thakurta berkata lelaki warga tempatan berusia 43 tahun itu dijumpai selepas menerima maklumat daripada anggota kereta peronda pada 6.04 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengalami cedera pada anggota badan.

“Pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengesahkan ada unsur jenayah menyebabkan kematian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Robin berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kita sedang mengesan suspek terlibat dan pemilik kenderaan itu,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian 03-32242222 bagi tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan