Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
GAMBAR HIASAN: Mpox ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus yang disebarkan kepada manusia oleh haiwan yang dijangkiti yang juga boleh tertular dalam kalangan manusia melalui sentuhan fizikal yang rapat. Foto AFP

KKM sahkan satu kes positif mpox clade II

ByAmirah Shawel

KUCHING, 17 Sept: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kes tersebut adalah daripada 58 kes disyaki yang telah dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini.

Susulan satu kes positif cacar monyet, KKM aktifkan Bilik Gerakan MPOX

Menurutnya, pesakit berkenaan ialah seorang lelaki warganegara yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 September manakala ruam mula muncul pada 12 September.

“Pesakit tiada sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul, kini sedang dalam isolasi dan berada dalam keadaan yang stabil.

“Semua kontak bagi pesakit ini sedang dikenal pasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) semasa yang ketat,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Jelas beliau, sejak 26 Julai 2023, sebanyak 10 kes mpox yang direkodkan di Malaysia adalah daripada varian clade II sahaja.

Dr Muhammad Radzi menasihati orang ramai untuk meningkatkan kesiapsiagaan dan kawalan kesihatan kendiri dengan mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya bergelaja mpox seperti demam, bengkak kelenjar limfa dan ruam.

“Elakkan bersentuhan secara langsung dengan individu yang disyaki atau disahkan dijangkiti mpox termasuk hubungan seksual.

“Amalkan kawalan kesihatan kendiri seperti mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau cecair pembasmi kuman,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan