Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan di Kota Kinabalu, Sabah.

Kerajaan pertimbang bangunkan industri makanan, bahan binaan di Sabah, Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 17 Sept: Kerajaan sedang menimbang cadangan untuk membangunkan industri pengeluaran makanan dan bahan binaan di Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan kos logistik barangan import.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, perkara itu antara yang disentuh dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dihadiri beliau di Kota Kinabalu, Sabah.

Cadangan itu kata Awang Tengah juga bertujuan untuk memenuhi keperluan permintaan domestik serta membuka laluan untuk tujuan eksport.

“Turut dibincangkan adalah kerjasama strategik membabitkan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak, Kerajaan Sabah dan WP Labuan untuk melaksanakan inisiatif pengeluaran makanan ternakan bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan import.

“Jawatankuasa juga bersetuju agar penglibatan sektor swasta dan masyarakat untuk memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan mampan untuk kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib.

Sementara itu Awang Tengah menambah, mesyuarat turut dimaklumkan kajian terperinci mengenai strategi penstabilan harga barangan di Sarawak, Sabah dan WP Labuan sedang dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Kajian itu dijangka selesai hujung tahun ini yang akan dibentangkan untuk pertimbangan Jawatankuasa Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak dan WP Labuan,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan