JAKARTA, 17 Sept: Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia (KKP) berjaya menyekat kegiatan penyeludupan manusia yang dilakukan menggunakan bot nelayan di perairan Selat Melaka, di sempadan Malaysia-Indonesia.
Seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) itu yang menaiki bot itu ditahan ketika cuba memasuki perairan Malaysia.
Pengarah PSDKP Wilayah Belawan Muhamad Syamsu Rokhman berkata, selepas bot itu dihentikan, pihaknya melakukan pemeriksaan dan mendapati 12 lelaki dan seorang wanita bersembunyi di dalam bot berkenaan.
“Ketika pegawai kami membuat rondaan, ada sebuah bot nelayan cuba merentas secara haram melalui sempadan dengan membawa PATI yang dirancang untuk diambil menggunakan bot Malaysia,” katanya.
Berdasarkan siasatan awal katanya, mereka memberitahu akan bekerja di kapal nelayan milik warga Malaysia dan dijanjikan gaji RM2,000 sebulan.
“Mereka membayar RM350 seorang kepada pemilik bot,” katanya. -TVS.