Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Richard Riot hadir pada sidang media Serian Rafting Challenge Festival 2024 di Majlis Daerah Serian di sini hari ini. Foto, TVS.

Cabaran berakit 25 km menanti peserta Serian Rafting Challenge Festival 2024

SERIAN, 17 Sept: Serian Rafting Challenge Festival 2024 kembali bagi edisi ke-12 penganjurannya tahun ini yang akan berlangsung pada 27 dan 28 September depan.

Acara yang mempertandingkan lima kategori ini menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM30,000.

Ahli Parlimen Serian Datuk Sri Richard Riot berkata, sebanyak 86 pasukan sudah mengesahkan penyertaan termasuk bagi terbuka lelaki, wanita dan belia.

“Turut dipertandingkan kategori kumpulan campuran agensi kerajaan dan kumpulan campuran agensi pelancongan.

“Acara ini bakal bermula seawal 7 pagi dengan cabaran berakit sejauh 25 kilometer (km) bermula dari Kampung Tema Mawang hingga ke Pekan Tebakang,” katanya pada sidang media acara itu di Majlis Daerah Serian di sini hari ini.

Tambahnya, festival ini merupakan salah acara untuk mempromosikan produk pelancongan di Serian terutamanya ekopelancongan alam semula jadi.

Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan seperti pertandingan Ratu Bilanting dan sukaneka selain pembukaan lebih 60 gerai jualan bagi menggalakkan penyertaan penduduk setempat untuk berniaga dan menambah pendapatan mereka. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan