Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk yang terjejas akibat banjir diselamat menggunakan bot penyelamat di Taungoo, wilayah Bago Myanmar pada 14 September 2024, berikutan hujan lebat susulan Taufan Yagi. Foto AFP

Angka kematian banjir di Myanmar meningkat 226 orang

YANGON, 17 Sept: Angka kematian akibat Taufan Yagi di Myanmar meningkat kepada 226 orang manakala 77 lagi dilaporkan masih hilang.

Stesen televisyen tempatan pada Isnin melaporkan jumlah kematian yang dicatatkan adalah dua kali ganda berbanding angka sebelumnya iaitu 113 mangsa.

Stesen itu turut memaklumkan lebih 260,000 hektar jelapang padi dan tanaman lain musnah akibat banjir.

Agensi tindak balas bencana Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (UNOCHA) berkata, dianggarkan 631,000 orang telah terjejas akibat banjir di seluruh Myanmar.

UNOCHA memaklumkan antara keperluan asas yang sangat diperlukan ialah makanan, air bersih, tempat tinggal dan pakaian bersih.

Agensi itu turut memberi amaran bahawa talian perhubungan yang terputus, jalan terhalang dan jambatan rosak menghalang usaha menyalurkan bantuan.

Program Makanan Sedunia PBB pada Isnin berkata banjir adalah yang terburuk dalam sejarah Myanmar.

Negara itu sebelum ini pernah dilanda banjir besar pada 2011 dan 2015 dengan lebih 100 kematian dilaporkan pada kedua-dua kejadian.

Pada 2008 Taufan Nargis yang membadai negara itu pula menyebabkan lebih 138,000 orang mati atau hilang. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan