Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Andy Jassy mengumumkan pada Isnin bahawa pekerja Amazon akan kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka. Foto fail AFP

Amazon arahkan pekerja kembali bekerja di pejabat lima hari seminggu

ByBernama

SAN JOSE (California), 17 Sept: Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Andy Jassy mengumumkan pada Isnin bahawa pekerja Amazon akan kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Bermula Januari, pekerja dijangka bekerja di pejabat lima hari seminggu, dengan pilihan untuk bekerja dari rumah dalam situasi tertentu seperti menjaga anak yang sakit atau memberi tumpuan kepada tugas-tugas khusus, seperti sebelum pandemik COVID-19.

Ketika ini, pekerja Amazon dibenarkan bekerja dari rumah dua hari seminggu.

Jassy juga memaklumkan bahawa Amazon akan mengembalikan susunan meja yang ditetapkan sebelum ini.

Keputusan Amazon dibuat selepas banyak syarikat lain mengarahkan pekerja mereka kembali ke pejabat selepas berbulan-bulan bekerja dari rumah semasa pandemik.

Syarikat teknologi Amerika Syarikat yang lain, seperti Apple, memilih untuk mengimbangi kerja dengan tiga hari seminggu di pejabat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan