Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Foto fail Bernama

Agong lawat China, lembaran baharu hubungan diplomatik Malaysia-China

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Lawatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke China pada 19 hingga 22 Sept ini, mencatatkan sejarah penting dalam hubungan diplomatik Malaysia-China yang menyambut ulang tahun ke-50 tahun ini.

Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan bahawa lawatan Seri Paduka Baginda tersebut merupakan lembaran baharu dalam memperkukuh persahabatan erat antara Malaysia dan negara Tembok Besar itu.

Menurut kenyataan itu, Sultan Ibrahim bertitah bahawa hubungan dengan republik berkenaan membawa pelbagai manfaat kepada Malaysia sepanjang lima dekad yang lalu.

“Saya berharap lawatan ini juga menjadi asas kepada pengukuhan persahabatan ke dekad seterusnya.

“Saya yakin terdapat pelbagai bidang yang boleh diterokai bersama dengan kepakaran yang ada antaranya dalam sektor ekonomi digital, pembangunan hijau dan perindustrian,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Titah Seri Paduka Baginda itu dikongsikan dalam kenyataan Istana Negara.

Menurut kenyataan itu, Seri Paduka Baginda dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Li Qiang, diikuti oleh pertemuan dengan Presiden Xi Jinping.

Yang di-Pertuan Agong juga akan berangkat ke Pusat Penyelidikan Teknologi Pesawat Awam Beijing COMAC bagi meninjau perkembangan teknologi penerbangan China yang terkini.

Sultan Ibrahim turut dijadualkan bertemu dengan diaspora Malaysia di China serta berkenan menamakan semula Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University bersempena nama Baginda -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan