Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekerja mengalihkan dahan pokok yang tumbang semasa taufan Bebinca di Shanghai. Foto AFP

Shanghai siap siaga hadapi taufan terkuat sejak 1949

ByBernama

BEIJING, 16 Sept: Taufan Bebinca mendarat di Shanghai pada pagi Isnin, menjadikannya taufan terkuat melanda bandar itu sejak 1949, menurut Pentadbiran Meteorologi China (CMA), lapor Sputnik.

Ribut itu membawa hujan lebat, angin kencang dan gangguan besar kepada kehidupan seharian di timur China, menyebabkan langkah kecemasan dan usaha pemindahan dilaksanakan. Pihak berkuasa memantau rapi keadaan itu memandangkan Taufan Bebinca meneruskan laluannya ke pedalaman, dengan potensi banjir berleluasa dan kerosakan selanjutnya.

Taufan Bebinca tiba di Shanghai pada 7:30 pagi Isnin (23:30 GMT Ahad), dengan kelajuan angin maksimum mencecah 42 meter sesaat.

“Bebinca mengatasi Taufan 4906 Gloria dan menjadi taufan terkuat yang sampai ke Shanghai sejak 1949”, kata CMA dalam satu kenyataan.

Dijangkakan Bebinca akan terus bergerak ke barat-barat laut pada kelajuan kira-kira 25 kilometer sejam, secara beransur-ansur lemah dan pada malam 17 September, ia akan menjadi depresi tropika di kawasan antara wilayah Anhui dan Henan.

Terdahulu, CMA mengeluarkan tahap amaran merah tertinggi berhubung taufan itu.

Lapangan terbang Shanghai Pudong dan Hongqiao membatalkan semua penerbangan pada Ahad selepas 8 malam waktu tempatan sehingga 2 petang Isnin. Lapangan Terbang Ningbo juga menghentikan operasi penerbangan, dan penerbangan dijangka bersambung semula pada 11.30 pagi Isnin. Selain itu, perkhidmatan kereta api penumpang di beberapa laluan Kereta Api Delta Sungai Yangtze digantung. Lebuh raya di Shanghai ditutup atau terkawal, dan had laju 40 kilometer sejam ditetapkan di jalan raya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan