Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul. Foto Astana Negeri Sarawak

Perkukuh ilmu dengan nilai adab, teladani keperibadian Rasulullah SAW

ByAmirah Shawel

KUCHING, 16 Sep: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteriĀ  Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada umat Islam di Sarawak.

Tun Wan Junaidi turut menyeru semua umat Islam memperkukuhkan ilmu dengan nilai adab dan meneladani keperibadian mulia Rasulullah SAW.

“Baginda bukan sahaja membawa sebuah sistem beragama yang suci dan luhur tetapi merupakan contoh terbaik dalam semua aspek kehidupan.

“Saya juga ingin mengajak semua umat Islam menggunakan kesempatan ini untuk memperkukuhkan ilmu dengan nilai adab dan keperibadian mulia seperti Rasulullah junjungan kita, Nabi Muhammad SAW,” katanya menerusi perutusan Maulidur Rasul.

Menurutnya, baginda merupakan nikmat kurniaan Sang Pencipta buat seluruh umat manusia.

Tambahnya, Rasulullah SAW membawa sinar cahaya kebenaran yang membebaskan manusia daripada belenggu kejahilan.

“Semoga usaha kita meningkatkan kecintaan dan mencontohi perlakuan Rasulullah SAW diberkati Allah SWT,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan