Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak mencapai jumlah pengeluaran padi sebanyak kira-kira 118,000 tan metrik atau 32 peratus tahap sara diri (SSL),pada tahun 2023. Foto TVS

Pembangunan CPPC kukuhkan keselamatan makanan

ByAdlina Rahman

KUCHING, 16 Sept: Projek Pembangunan Bakul Makanan di Spaoh dijangka siap sepenuhnya awal tahun depan.

Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dalam kenyataan hari ini menyatakan, perkembangan projek tersebut pada masa kini berada pada tahap 70 peratus.

Menurut kenyataan tersebut, apabila siap kelak, ia akan menjadi pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan (CPPC) produk pertanian.

Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datu Ismawi Ismuni semasa melawat tapak tersebut berkata, pembangunan CPPC tersebut turut mengukuhkan keselamatan makanan yang dilihat penting di rantau ini.

“RECODA komited memastikan projek seperti ini memberi impak berkekalan kepada masyarakat luar bandar dengan menyediakan infrastruktur penting bagi menyokong pertumbuhan pertanian,” katanya.

Sementara itu, kenyataan sama turut menyatakan sebuah lagi CPPC bakal dibangunkan di Sungai Baji Sarikei.

Sebelum ini, RECODA memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kumpulan Carus, Nex Ecoventure dan Samling Group bagi mengoptimumkan pengeluaran, mengurus peralatan, menyelia rantaian bekalan dan meningkatkan kecekapan operasi di CPPC dan Stesen Pertanian Tanah Tinggi Bersepadu (IHAS) di Betong, Sarikei dan Long Banga.

Kerjasama tersebut turut bertujuan memperkasa petani tempatan dalam memberi pengetahuan dan menggalakkan golongan tersebut mengamalkan kaedah pertanian secara mampan dan mesra alam.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan