Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah berkenaan kepada Kipli pada Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024 peringkat kebangsaan. Foto: Bernama

Mufti Sarawak terima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2024

PUTRAJAYA, 16 Sept: Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin hari ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2024.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah berkenaan kepada Kipli pada Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Pemilihan anak jati Kampung Selalang, Sarikei sebagai penerima anugerah berkenaan adalah berdasarkan sumbangan beliau dalam menyampaikan dakwah silang budaya kepada masyarakat pelbagai etnik.

Pengiktirafan diberikan kepada Kipli yang mula berkhidmat sebagai Mufti Sarawak pada 1 Mac 2010 kerana telah memartabatkan nilai marhabah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat MADANI.

Mengulas mengenai anugerah itu, Kipli berkata beliau memikul tugas berat dalam menyampaikan dakwah di Bumi Kenyalang yang masyarakatnya begitu majmuk dan perlu memelihara sensitiviti.

“Kita ambil sifat Rasulullah SAW dalam menyampaikan fatwa dan dakwah itu sendiri supaya masyarakat faham sekali gus dapat menerima keputusan-keputusan fatwa sebagai suatu yang perlu dipatuhi umat Islam.

“Keputusan seperti ini supaya orang bukan Islam juga memahami apa kita putuskan untuk orang Islam dan akhirnya mereka dapat menerima bahawa inilah kehidupan beragama yang ada sempadan masing-masing,” katanya pada sidang media di sini.

Kipli berkata menyampaikan syariah Islam merupakan asas penting bagi mengelakkan umat Islam di Malaysia daripada terjebak dalam perkara yang boleh merosakkan akidah.

“Mudah-mudahan dengan sambutan Maulidur Rasul inilah kita dapat mengambil, menggali dan meneroka sirah Nabi Muhammad SAW yang sangat hebat dalam erti kata menampilkan keindahan Islam itu sendiri,” katanya.

Majlis hari ini turut menyaksikan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1446H/2024 dikurniakan kepada Yang Dipertua Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia Datin Aminah Zakaria, Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah Datuk Ab Jamal Sakaran dan Pakar Mikrobiologi Datin Prof Dr Khatijah Mohamad Yusoff.

Turut menerima anugerah berkenaan, Bekas Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Prof Emeritus Dr Shaharir Mohamad Zain, Presiden Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia Sariah Ibrahim dan Michael Tong Wai Siong atau lebih kenali ‘Uncle Mike’. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan