Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Lukanisman Awang Sauni di Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Miri Tahun 1446H / 2024M di Dewan Suarah, Miri hari ini. Foto TVS

Detik bersejarah pembentukan Malaysia

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 16 Sept: Sambutan Hari Malaysia menandakan satu detik bersejarah dalam pembentukan negara melalui persetujuan antara Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia dan Singapura pada 1963.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, Hari Malaysia tahun ini membawa makna penting mengenai kemajuan dicapai sejak penubuhan negara dan perjuangan berterusan dalam menuntut hak serta autonomi Sarawak.

Menurutnya, perpaduan antara negeri yang membentuk Malaysia perlus terus diperkukuhkan.

“Saya minta setiap perjuangan yang dibawa Kerajaan Sarawak diiringi dengan teman yang ikhlas agar kita dapat menuntut hak dan terus sejahtera dalam menjadi rakan kongsi sah untuk Persekutuan Malaysia,” katanya.

Malah menurutnya, setiap perjuangan perlu berlandaskan keperibadian Rasulullah SAW dalam memperkukuh semangat Islam di peringkat global.

Sambutan Hari Malaysia tahun ini disertai dengan doa agar Sarawak terus makmur dan menjadi rakan kongsi yang sah dalam Persekutuan Malaysia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan