Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri melawat Depot Simpanan Keperluan Mangsa Bencana Samarahan, di sini, hari ini.Foto, TVS.

Depoh simpanan barangan keperluan bencana akan dibuka di Miri, Sibu – Nancy

ByFebbright James

KUCHING, 16 Sept: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menambah dua lagi depoh simpanan keperluan bencana (DSKB) di Miri dan Sibu, kata Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy yang juga menteri di KPWKM berkata, depoh tambahan itu akan menyalurkan sokongan untuk penghantaran bantuan berikutan dua bahagian tersebut ketika ini hanya memiliki depoh mini.

Kembara KASIH KPWKM santuni masyarakat dari Kuching ke Lawas – Nancy

“Di Sibu kerap berlaku banjir, oleh itu kita kena cari tempat lain yang bersesuaian manakala di Miri, tempat juga telah dikenal pasti dan kita akan mulakan proses tender” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan peserta Konvoi Kembara Kasih KPWKM di Depot Simpanan Keperluan Mangsa Bencana Samarahan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nancy juga memaklumkan pihaknya juga sedang merancang untuk membina mini depoh seradi bahagian-bahagian lain di Sarawak.

 

Antara barangan keperluan yang disimpan di dalam Depoh Simpanan Keperluan Bencana Samarahan. Foto TVS

Berkenaan depoh di Samarahan, Nancy memaklukan pusat itu mampu menyalurkan bantuan kepada seramai 30,000 mangsa.

Kata beliau, depoh itu yang dibina dengan kos RM6.1 juta akan bertindak sebagai pusat untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir, kebakaran dan lain-lain di Serian, Kuching dan Samarahan.

“Depoh ini menyediakan barangan seperti khemah, alas tidur, bantal, kerusi roda, makanan, minuman, mainan kanak-kanak dan banyak lagi dengan kapasiti simpanan maksimum sebanyak 420 tan.

“Barangan di depoh ini akan sentiasa ditambah setiap kali bekalan bantuan disalurkan bagi memastikan bekalan disini sentiasa mencukupi,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan