Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kesemua lapan orang di atas bot nelayan yang terbalik di luar pantai barat Korea Selatan berjaya diselamatkan, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Yonhap, merujuk pengawal pantai. Foto hiasan Envato

8 diselamatkan selepas bot nelayan terbalik di pantai barat Korea Selatan

ByBernama

SEOUL, 16 Sept: Kesemua lapan orang di atas bot nelayan yang terbalik di luar pantai barat Korea Selatan berjaya diselamatkan, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Yonhap, merujuk pengawal pantai.

Kapal nelayan seberat 35 tan itu terbalik di bandar pelabuhan barat Gunsan kira-kira 7:36 pagi waktu tempatan (2236 GMT Ahad).

Kesemua mangsa di atas kapal malang itu diselamatkan ketika pengawal pantai menghantar helikopter dan kapal peronda ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat.

Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol segera mengarahkan menteri lautan dan perikanan serta ketua pengawal pantai untuk menyelamatkan mangsa dengan mengerahkan semua kakitangan dan peralatan yang ada selepas menerima laporan mengenai kemalangan itu, menurut pejabat presiden. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan