Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga lelaki berusia 49 hingga 62 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol yang melebihi paras yang ditetapkan dalam Op Mabuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di Jalan Miri-Bintulu. Foto IPD Miri

Tiga lelaki ditahan memandu bawah pengaruh alkohol dalam ‘Op Mabuk’

MIRI, 15 Sept: Tiga lelaki berusia 49 hingga 62 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol yang melebihi paras yang ditetapkan dalam ‘Op Mabuk’ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di Jalan Miri-Bintulu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, operasi yang disertai  seramai dua orang pegawai dan 10 orang anggota itu diadakan mulai jam 11 malam Jumaat dan tamat pada jam 4.30 pagi.

“Ketiga-tiga pemandu tersebut kemudian ditahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke Balai Polis Trafik Miri untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol yang melebihi paras yang ditetapkan, jika disabitkan kesalahan boleh di penjara sehingga dua tahun dan denda RM10,000 hingga RM30,000 serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun.

“Hasil operasi ini sebanyak 62 buah kenderaan diperiksa dengan 49 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” ujarnya.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak memandu semasa dalam pengaruh alkohol atau minuman yang boleh memabukkan kerana boleh membahayakan diri pemandu itu sendiri atau membahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan