Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan ahli-ahli Suruhanjaya Cobbold. Foto Arkib Negara Malaysia

Suruhanjaya Cobbold tonggak pembentukan Gagasan Malaysia

ByAmirah Shawel

KUCHING, 15 Sept: Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk pada tahun 1962 oleh kerajaan British dan Malaya memainkan peranan yang begitu signifikan dalam rentetan pembentukan Malaysia.

Penubuhan suruhanjaya yang diketuai bekas gabenor Bank England, Lord Cameron Cobbold itu, membolehkan suara rakyat di Sarawak dan Borneo Utara yang kini Sabah dan Labuan diperdengar kepada pihak berkepentingan.

Sejarawan Sarawak, Dr Loji Saibi menyifatkan penubuhan suruhanjaya itu juga menjadi bukti tanggungjawab kerajaan British dalam membantu memerdekakan negeri-negeri naungannya.

“Pihak British menganggap mereka ada tanggungjawab menjaga tanah naungan, mereka mengambil kira mesti melakukan yang terbaik untuk wilayah itu, maka ditubuhkan suruhanjaya tersebut.

“Mereka mahu memberi peluang kepada rakyat tempatan pribumi bersuara sama ada bersetuju atau tidak dengan gagasan itu,” katanya kepada TVS.

Jelas beliau, hasil penyiasatan mendapati sebahagian besar rakyat Sarawak dan Borneo Utara menyokong penubuhan gagasan itu.

Menurutnya, laporan menyimpulkan sepertiga menyokong penuh pembentukannya, manakala sepertiga menyokong dengan syarat perlindungan dan sebahagian lain ingin meraih kemerdekaan sebelum penggabungan.

Laporan itu juga katanya, memperoleh reaksi yang positif daripada pemimpin tempatan iaitu Tun Datuk Patinggi Temenggong Jugah Barieng.

Menurutnya, Tun Jugah berpendapat hasrat untuk menyatukan empat wilayah iaitu Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara adalah satu harapan buat wilayah ini untuk mencapai kemerdekaan.

“Beliau berpendapat mereka sudah merasa kepedihan dan kesusahan semasa diperintah oleh Rajah Brooke yang tidak membawa kemajuan, diperintah Jepun dahsyat lagi.

“Ini harapan yang memang tersedia untuk rakyat tempatan menerima (keputusan itu),” ujarnya.

Jelasnya, tanpa penubuhan Suruhanjaya Cobbold impian untuk menubuhkan Malaysia tidak dapat direalisasikan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan